memang best melihat gelagat adik-adik ini sepanjang program motivasi...(tingkatan 3, SMK MAJAKIR, PAPAR)... kepada adik-adik, belajar la bersungguh-sungguh ya... jangan sia-siakan usaha ibubapa anda yang telah berpenat membesarkan adik-adik semua.. renung-renungkanlah...
Thursday, 7 April 2011
Program motivasi PMR di SMK Majakir, Papar
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 1/4/2011, saya dan lain-lain (pengurusan organisasi pelajar POP II) telah membuat satu program motivasi yang hanya mensasarkan pelajar tingkatan 3 sahaja seramai 50 orang. seramai 25 orang pelajar UMS yang terlibat dalam program motivasi ini. program motivasi ini diketuai oleh saudara Abu Bakar B. Harun.
Kami memulakan perjalanan pada 1/4/2011 bersamaan hari jumaat pada jam 2 petang dan dijangka sampai ke SMK Majakir, Papar pada jam 3 lebih.
Banyak pengalaman yang telah saya dapat sepanjang saya menyertai program motivasi untuk pelajar tingkatan 3 ini.
Antara permainan yang menarik minat saya ialah "buaya, biawak" di mana permainan ini menguji minda para pelajar untuk mengingati di manakah "buaya dan biawak" terletak. selain itu, permainan tangan sebelah adalah bentuk "peace" yang sebelah lagi adalah bentuk "pistol. apabila seseorang bagi arahan serupa begini "peace, pistol, peace,pistol,peace,pistol..... " dan kadang-kala permainan ini mengelirukan kita.
banyak lagi permainan yang dibawa oleh kakak senior iaitu kak mila.
kak mila adalah seorang yang peramah, baik hati dan murah senyuman.
semasa program dijalankan,saya menjadi fasilitator kepada kumpulan 4 yang berada di bawah jagaan saya, selain saya, terdapat fasilitator yang lain juga turut bersama saya menjaga kumpulan 4 ini. antaranya hafizah, kak zuliana, dan norain. walaupun ahli kumpulan 4 ini mempunyai pelajar yang kuat main tetapi kumpulan 4 ni berjaya mendapat gelaran kumpulan yang "palaaing berdisiplin".
sepanjang saya menjadi fasi kumpulan 4 ini, amat sukar saya dan faci-faci yang lain bercakap dengan ahli kumpulan 4 yang terdiri daripada 5 orang lelaki, kerana mereka suka main, murah senyuman dan sporting..
Subscribe to:
Posts (Atom)